fbpx
Sultan Nazrin (dua dari kiri) Berkenan Melakukan gimik perasmian merasmikan Jambatan Sultan Muzzaffar Shah di Dataran Manong, Kuala Kangsar hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

Kegagalan murid ke sekolah kerana bot rosak selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KANGSAR – Tiada lagi isu murid dan pelajar gagal hadir ke sekolah dengan terbinanya Jambatan Sultan Muzzaffar Shah sepanjang 300 meter di Manong, dekat sini.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan merasmikan jambatan tersebut yang menghubungkan Kampung Seberang Manong dan pekan Manong.

Projek jambatan itu dimulakan tahun 2017 dan siap pada Oktober 2019 dengan harga kontrak lebih RM37 juta.

Sebelum ini tanpa jambatan, penduduk terpaksa berulang-alik menggunakan bot tambang sebagai pengangkutan harian untuk menyeberangi Sungai Perak yang memisahkan kampung mereka dengan pekan Manong.

Bahkan, masalah kegagalan pelajar hadir ke sekolah sering kali terjadi apabila bot tambang mengalami kerosakan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi semasa menyampaikan sembah ucapan berkata, jambatan itu kini menghubungkan dua sisi komuniti yang dahulunya terpisah oleh sungai dan masa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI