fbpx
Rumah mangsa wanita yang meninggal dunia bersama anak lelakinya dipercayai akibat keracunan makanan selepas menghadiri majlis kenduri kahwin pada Sabtu lalu. -Foto PDRM

Ibu, anak maut disyaki keracunan makanan selepas kenduri kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAWAU – Seorang wanita bersama anak lelakinya meninggal dunia dipercayai akibat keracunan makanan selepas menghadiri majlis kenduri kahwin di Kampung Batu 4, Jalan Apas Sabtu lalu.

Mangsa berusia 36 tahun dan anak sulungnya berusia sembilan tahun itu dilaporkan mengalami cirit-birit serta muntah sebelum disahkan meninggal dunia pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 24 tahun yang memaklumkan ibu saudaranya dan anak wanita itu meninggal dunia dipercayai akibat keracunan makanan.

“Pengadu memaklumkan kedua-dua mangsa menghadiri majlis berkenaan sebelum membawa pulang makanan yang dibungkus untuk suami mangsa.

“Suami mangsa turut mengalami cirit-birit dan muntah sejak pagi Ahad hingga Isnin selepas memakan makanan itu,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Champin berkata, siasatan awal mendapati beberapa tetamu lain yang hadir ke majlis kenduri berkenaan turut mengalami simptom sama dan punca kejadian masih dalam siasatan.

“Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah turut hadir ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Beliau berkata barang kes sudah dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis, manakala siasatan lanjut termasuk mendapatkan keterangan saksi lain masih diteruskan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN