fbpx
Gambar hiasan

Hampir seluruh negara dilanda hujan lebat, ribut petir hingga malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan hampir keseluruhan negeri di Semenanjung, Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan yang dijangka berterusan sehingga pukul 7 malam ini.

Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca buruk itu membabitkan negeri utara seperti Perlis dan Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu).

Selain itu, di Perak, kawasan terjejas ialah Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

MetMalaysia turut menjangkakan hujan lebat di seluruh Kelantan serta beberapa kawasan di Terengganu seperti Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Pahang tidak terkecuali apabila daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Pekan turut diramal dilanda cuaca buruk bagi tempoh sama.

MetMalaysia menambah, cuaca buruk di Selangor meliputi Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat, serta seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Di Negeri Sembilan pula melibatkan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol, manakala di Sabah, kawasan Pedalaman (Kuala Penyu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat (Kota Marudu dan Pitas). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI