fbpx
ANTONELLI mengakui belum memiliki keyakinan untuk mengemudi jentera ke tahap maksimum menyebabkan prestasinya sedikit terjejas. - AFP

F1: Antonelli masih fobia kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SPA-FRANCORCHAMPS – Pelumba baharu sensasi Formula Satu (F1), Kimi Antonelli mengakui masih mencari jalan untuk membuka potensi penuh dirinya pada musim debut bersama Mercedes.

Pemandu Itali berusia 18 tahun itu dipromosikan dari Formula 2 untuk mengambil alih tempat legenda tujuh kali juara dunia, Lewis Hamilton, namun musim debutnya bersama Mercedes diharungi dengan pasang surut prestasi.

Antonelli memulakan musim dengan penuh bergaya apabila menamatkan Grand Prix (GP) Australia di tempat keempat dalam perlumbaan penuh drama akibat hujan, selain mengejutkan ramai dengan petak utama sulung di perlumbaan sprint Miami dan podium pertama di Kanada.

Bagaimanapun, rentak itu terhenti pada siri perlumbaan di Eropah apabila dia gagal mengutip mata dalam enam daripada lapan perlumbaan sejak Imola, termasuk tiga kali terpaksa menarik diri susulan masalah teknikal dan insiden di trek.

“Dalam beberapa hal, saya melebihi jangkaan seperti meraih petak utama dan podium awal musim ini. Tapi, ada juga masa saya rasa tak capai tahap sebenar. Matlamat tetap sama, untuk menang,” katanya.

Antonelli percaya pendekatan terlalu berhati-hati selepas kemalangan kelajuan tinggi pada sesi latihan di Monza tahun lalu membuatkan dia belum benar-benar yakin untuk mengemudi jentera ke tahap maksimum.

“Saya cuba dapatkan sebanyak mungki pusingan untuk belajar, tapi macam ada ‘kunci’ yang belum dibuka. Sekarang saya cuba pendekatan berbeza, lebih berani mencapai had dan kalau silap pun, sekurang-kurangnya saya tahu di mana batasnya,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI