fbpx
ANTONY tidak mempunyai masa depan di United yang mendesaknya menerima tawaran daripada pasukan berminat. - AFP

EPL: Man. United desak Antony keluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Karier bola sepak pemain sayap Manchester United, Antony bakal menuju kehancuran sekiranya dia tidak meninggalkan Old Trafford dan menyertai pasukan lain pada jendela perpindahan kali ini.

Ia gara-gara keputusan skuad The Red Devils itu yang tidak mahu memberikan sebarang minit permainan kepadanya sehingga Januari tahun depan jika dia enggan menerima tawaran mana-mana pasukan berminat.

Pemain Brazil itu terdesak untuk kembali ke Sepanyol dengan menyertai pasukan La Liga, Real Betis di mana dia mempamerkan aksi cukup cemerlang ketika bermain secara pinjaman musim lalu, namun kedua-dua pasukan gagal mencapai kata sepakat.

Justeru, Betis dikatakan sedia untuk menunggu sehingga ke penghujung jendela perpindahan kali ini sebelum melakukan tawaran pinjaman semusim sekali lagi, namun United hanya mahu menjualnya secara tetap.

Difahamkan, banyak kelab berminat mahu mendapatkan khidmat Antony, termasuk Brighton, Bayer Leverkusen serta Benfica yang sudah pun beberapa kali menghubungi United bagi mengetahui situasi pemain itu.

Masa depan pemain yang dibeli dengan harga £82 juta (RM467.42 juta) tiga tahun lalu itu boleh dianggap bukan di United lagi memandangkan pengurus, Ruben Amorim sudah mengasingkan dia daripada skuad utama.

‘Saham’ Antony naik mendadak selepas dia dilihat berjaya kembali ke prestasi sebenar ketika bersama Betis apabila menjaringkan sembilan gol dan melakukan lima umpanan selain membantu pasukan itu muncul naib juara Liga Konferens Europa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI