fbpx
Syasya Rizal kini dikatakan hamil anak kedua.

‘Di era ‘gemoy’ semula’ – Syasya Rizal beri bayangan hamil lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Mencetuskan spekulasi, penyanyi Syasya Rizal seolah-olah memberi bayangan kembali berbadan dua apabila memuat naik video menyatakan bakal kembali ke fasa tubuh berisi.

Sekali gus, hantaran Syasya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, mengundang keterujaan peminat yang menganggap selebriti kesayangan mereka itu kini hamil anak kedua.

“Di era saya ‘gemoy’ (gemuk) semula. Tidak mengapalah, janji Nobita (suami) masih sayang kan?

“Nanti kita mengkuruskan diri balik,” katanya dalam hantaran yang dikongsikan menerusi platform TikTok.

Menerusi video berdurasi beberapa saat itu, Syasya juga bekas anggota Dolla menggayakan jubah longgar menyanyi sambil mengikuti trend TikTok terkini.

Penampilannya yang turut kelihatan agak berbeza daripada sebelum ini menambahkan lagi spekulasi dirinya sedang menunggu zuriat kedua.

Rata-rata peminat meninggalkan komen menitipkan ucapan tahniah, namun penyanyi terbabit belum memberikan maklum balas atau sebarang pengesahan.

“Mengandung ye? Tahniah Syasya,” tulis seorang netizen.

“Lagi kurus lagi melekat, memang kena ‘lock’ dah lepas ni,” usik seorang peminat lain.

Perkahwinan Syasya dan suaminya, Nasrullah dikurniakan anak lelaki, Muhammad Yassir Hayyan pada 23 December 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI