fbpx
Gambar hiasan.

Dewan Rakyat: Malaysia guna 22 juta unit tayar setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Malaysia mengimport pelbagai jenis tayar bernilai RM3.53 bilion bagi memenuhi penggunaan tempatan sebanyak 22 juta unit setahun.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin, tayar sebanyak itu akan menjadi bahan buangan jika tidak dikitar semula.

Justeru, Lembaga Getah Malaysia (LGM) mengambil langkah melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke atas tayar buangan gagi mengembangkan potensi tayar terpakai sebagai sumber ekonomi sikular.

“Kajian turut dilaksanakan terhadap potensi penggunaan getah dari tayar terpakai yang diproses melalui kaedah pemulihan getah, penyahvulkanan atau pirolisis,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Amzad Mohamed@Hashim (PN- Kuala Terengganu ) berhubung penghasilan produk inovatif berasaskan tayar terpakai di negara ini.

Foong Hin berkata, tayar buangan antaranya berpotensi digunakan dalam pelbagai aplikasi termasuk sebagai bahan tambah dalam bitumen, pembuatan bata, bahan penurapan jalan, hamparan getah dan kasut.

Sehubungan itu, katanya, kolaborasi dengan pelbagai pihak termasuk institusi penyelidikan dan pemain industri digalakkan bagi memastikan lebih banyak produk baru daripada tayar terpakai dapat dikomersialkan.

Tambahnya, Majlis Getah Malaysia (MRC) turut menyediakan dana khas di bawah inisiatif automasi dan teknologi hijau untuk menggalakkan industri produk getah mengadaptasi automasi, pendigitalan dan teknologi hijau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI