fbpx
Cahaya putih terang yang dikelilingi oleh aura berkabus membuatkan orang ramai terpesona. - Facebook

Cahaya misteri bentuk S di langit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR RAYA NEW YORK – Penduduk di kawasan Upstate New York terkejut melihat cahaya terang berbentuk aneh yang muncul di langit malam Selasa lalu, lapor akhbar New York Post.

Cahaya putih dikelilingi aura berkabus itu membuatkan orang ramai terpesona, namun mereka mempersoalkan sama ada fenomena tersebut adalah buatan manusia, kejadian alam semula jadi atau berasal dari luar angkasa.

“Di langit utara, bertentangan dengan bulan. Bukan meteor, planet atau Starlink (satelit) dan ia bergerak tetapi senyap,” kata seorang pengguna di laman Facebook yang turut memuat naik imej tersebut.

Hantaran itu menerima pelbagai komen pengguna media sosial dengan ramai cuba meneka sama ada mereka melihat fenomena berupa objek terbang tidak dikenali (UFO).

“Siapa turut melihatnya? UFO di Saxonburg?” kata seorang netizen.

Bagaimanapun, menurut laman berita Space.com, cahaya itu merupakan ekor dan jejak roket Vulcan Centaur yang dilancarkan dari pusat angkasa Cape Canaveral di Florida oleh syarikat United Launch Alliance. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI