fbpx
Zara Qairina

Cadang AGC dakwa individu terlibat buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Pasukan peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mencadangkan Jabatan Peguam Negara (AGC) mendakwa semua individu terlibat dalam perbuatan buli seperti dinyatakan menerusi keterangan berkaitan kes kematian remaja itu.

Cadangan berkenaan berkenaan dibuat selepas merujuk sidang media yang dilaksanakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar pada petang semalam berkenaan kes kematian arwah Zara Qairina.

“Antara pendedahan penting yang dibuat beliau ialah hasil siasatan Pasukan Petugas Khas JSJ Bukit Aman, wujud keterangan-keterangan yang menjurus ke arah buli sebelum kejadian menimpa Zara.

“Jika keterangan-keterangan terbabit boleh dipercayai di mahkamah, kami mencadangkan kepada Jabatan Peguam Negara agar mendakwa individu atau individu-individu di dalam keterangan-keterangan tersebut yang melakukan buli di bawah seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, di bawah seksyen tersebut, pesalah boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Apabila langkah ini diambil, inkues tidak perlu lagi diadakan.

“Bagaimanapun, sekiranya keterangan-keterangan dinyatakan tidak kuat atau tidak mencukupi bagi
membentuk satu kesalahan di bawah seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan, siasatan lanjut perlu diteruskan bagi memperkuatkan keterangan-keterangan tersebut.

“Dalam keadaan ini, inkues perlu diadakan serentak dengan penyiasatan lanjut dan Pendakwaan boleh dilakukan kemudian,” katanya.

Sementara itu, kenyataan bersama dikeluarkan oleh barisan peguam iaitu Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser turut menyatakan sidang akhbar diadakan juga membuktikan bahawa terdapat ‘plot twist’ yang ditularkan beberapa minggu lalu di beberapa platform media massa kononnya anak guam mereka menjadi punca kematian Zara adalah tidak benar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI