fbpx
Dr. Muhamad Akmal (tengah) mengetuai Himpunan Solidariti Jalur Gemilang di Kepala Batas, hari ini. Foto SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

Bukan nak buli, tapi isu bendera adalah maruah kita – Akmal Saleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menyifatkan Himpunan Solidariti Jalur Gemilang yang dianjurkan bukanlah bersifat untuk membuli, sebaliknya membuka mata semua bahawa isu itu membabitkan maruah rakyat.

Katanya, rakyat bersatu di bawah panji Jalur Gemilang tanpa membabitkan soal politik, bangsa mahupun agama.

“Kita bukan nak buli, tetapi nak beri mesej jelas bahawa isu bendera ini bukan isu kecil, bukan isu nak dibesar-besarkan tetapi isu bendera ini adalah maruah kita semua.

“Kita nak bagi mesej jelas kita tidak sama sekali boleh menerima kesilapan sebegitu, jadi kita mohon polis buat siasatan dan kertas siasatan dah lengkap dan dihantar, kami amat memohon pelaku didakwa agar dapat dijadikan pengajaran buat kita semua,” katanya ketika berucap di sini hari ini.

Terdahulu, lebih 500 anak muda terdiri daripada Pemuda UMNO, Armada Bersatu dan Pas menyertai perhimpunan yang berlangsung di Taman Bertam Permata, Kepala Batas di sini, petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI