fbpx
Biskut yang terdapat bulu mata palsu dibeli seorang pembeli dari kedai terkemuka di ibu negara.

‘Beli biskut ada bulu mata palsu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pelanggan kecewa apabila biskut yang dibelinya dari satu kedai terkemuka didakwa mengandungi ‘bahan tambahan’ iaitu bulu mata palsu.

Menerusi hantaran dimuat naik seorang pengguna Thread Batrisyia, dia berkongsi gambar biskut coklat yang telah dimakannya berserta serpihan bulu mata palsu dipercayai berada pada biskut tersebut.

“Saya jarang post benda macam ini. Saya tarik keluar, bulu mata palsu tersekat dalam biskut. Rasa nak muntah,” katanya pada hantaran itu.

Hantaran itu turut mengundang loya tekak pengguna Thread yang lain, lebih-lebih lagi biskut berkenaan dijual dari kedai terkemuka di ibu negara.

“Saya bayangkan ada orang hilang hilang bulu mata, lepas tu tak perasan rupa-rupanya termasuk dalam biskut orang lain,” komen seorang pengguna Thread.

“Saya baru beli minggu lepas,” komen seorang lagi pengguna.

“Saya pernah beli dan biskut rasa dalam peti ais ya,” komen seorang lagi individu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN