fbpx
Anwar ketika sesi PMQT di Dewan Rakyat hari ini. FOTO JAPEN

Anwar ‘buka rahsia’ isu aset Petronas dijual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penjualan aset Petronas di Kanada dan Brazil bukan langkah terdesak, sebaliknya strategi menghadapi ketidaktentuan pasaran global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tindakan itu sebahagian daripada rasionalisasi portfolio aset syarikat minyak negara tersebut.

Dalam sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) itu juga, beliau mendedahkan senarai undang-undang lapuk yang akan dipinda atau dimansuhkan bagi memastikan dasar negara kekal relevan dengan perkembangan semasa.

“Perancangan teliti dan komitmen bersama penting untuk kemajuan negara serta kesejahteraan rakyat,” katanya.

Terdahulu, Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan, sebanyak 23 akta baharu dan akta lama telah dipinda dari tahun 2023 hingga tahun ini.

Anwar berkata, ia adalah rekod dua setengah tahun pentadbiran Kerajaan Madani yang tidak dapat ditandingi oleh kerajaan terdahulu.

“Tahun 2023, lima akta baru dan 34 akta yang dipinda. Tahun 2024, lima akta baru dan 57 akta yang dipinda. Tahun 2025, setakat ini, empat akta baharu, enam akta yang dipinda, dua RUU baharu dan 11 RUU yang dipinda sehingga kini.

“Jadi kalau kita lihat perkembangan ini, walaupun masih banyak dalam tindakan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan juga kementerian,” katanya pada sidang Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) berhubung undang-undang yang disifatkan sebagai lapuk yang akan dipinda atau dimansuhkan oleh kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI