PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 12 tengah hari ini.
Menurut MetMalaysia, cuaca buruk dijangka berlaku di Perlis, Kedah (Langkawi dan Kubang Pasu), Perak (Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) serta Selangor (Sabak Bernam dan Kuala Selangor).
Amaran sama turut melibatkan negeri Sabah membabitkan kawasan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat.
Di Sarawak pula, kawasan utara negeri itu seperti Limbang dan sekitarnya turut dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat.- KOSMO! ONLINE.