PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua, Datuk Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada dua pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Mereka ialah Panglima 21 Gerup Gerak Khas, Mejar Jeneral Ahmad Shuhaimi Mat Wajab dan Juruiring kepada Pemangku Sultan Johor, Kolonel Mohd Farid Azwanshah Sahar.
Majlis pengurniaan berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene Johor Bahru, dengan Pemangku Sultan Johor, Tengku Mahkota Ismail menyempurnakan penganugerahan tersebut.
Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Asman Shah Abd Rahman dan barisan Jumaah Majlis Diraja Johor. – KOSMO! ONLINE.