PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung serta Sabah yang dijangka berlarutan sehingga pukul 4 petang ini.
Menurut kenyataan MetMalaysia, antara kawasan terlibat ialah seluruh negeri Perlis dan beberapa daerah di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim.
Di Perak pula, kawasan terjejas ialah Hulu Perak, manakala di Terengganu melibatkan Dungun dan Kemaman.
Negeri Pahang pula membabitkan daerah Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Bentong.
Amaran sama turut dikeluarkan untuk beberapa kawasan di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat serta seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sementara itu, di Sabah daerah Tawau khususnya Kunak turut dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat. – KOSMO! ONLINE.