fbpx
TUJUH suspek diiringi pegawai SPRM ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Melaka untuk mendapatkan perintah reman. - Foto ARIF HAMIZAN MISKON

7 direman disyaki tipu dokumen pembekalan makanan RM139,100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang penjawat awam dan enam kontraktor direman lima hari bermula hari ini selepas disyaki mengemukakan dokumen palsu berkaitan pembekalan perkhidmatan makanan berjumlah RM139,100, tahun lalu.

Perintah reman sehingga 18 Ogos itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Melaka, N. Sivashangari terhadap suspek masing-masing empat lelaki dan tiga wanita berusia antara 32 dan 52 tahun itu.

Kesemua suspek yang memakai pakaian lokap berwarna jingga tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini kira-kira pukul 9.15 pagi tadi dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, kesemua suspek ditahan antara pukul 11.24 pagi dan 12.05 tengah hari semalam ketika hadir bagi memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka.

Menurut sumber, kesemua suspek dipercayai terlibat mengemukakan dokumen kerja membabitkan enam syarikat berbeza bagi memperoleh tuntutan pembekalan perkhidmatan makan dan minum berjumlah keseluruhan RM139,100 sedangkan pembekalan tersebut tidak pernah dilaksanakan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan reman tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI