fbpx
Tangkap layar kejadian memaparkan wanita tersebut bertindak agresif menghayunkan pisau terhadap orang awam.

Wanita warga asing mengamuk, enam individu cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Seorang wanita warga asing ditahan selepas mengamuk dengan melanggar tiga buah motosikal dan menyerang orang awam menggunakan pisau berhampiran sebuah pusat membeli-belah di Bandar Kajang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian kira-kira pukul 11.58 pagi suspek berusia 24 tahun itu memandu kereta secara cuai sebelum melanggar tiga motosikal di persimpangan lampu isyarat.

“Suspek kemudian keluar dari kereta sambil memegang sebilah pisau dan menyerang orang awam di lokasi.

“Orang ramai berjaya menahannya dan merampas dua bilah pisau sebelum menyerahkan kepada polis,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurut Naazron, enam mangsa berusia 21 hingga 60 tahun cedera dalam insiden itu, dua daripadanya dirawat di wad manakala empat lagi menerima rawatan pesakit luar.

Jelasnya, sebanyak tiga buah motosikal turut rosak dalam kejadian berkenaan.

Beliau berkata, suspek akan direman esok mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara gopoh serta Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, beberapa video tular di media sosial memaparkan seorang wanita mengamuk serta mengugut orang awam menggunakan pisau dipercayai berlaku di sekitar Kajang.

Dalam satu video dimuat naik di Thread, kelihatan wanita berambut panjang yang memakai baju berwarna putih itu mengejar orang awam di atas jalan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI