fbpx
AMEERA Hashwi yang memakai hijab menang ratu cantik di Detroit. - Foto Instagram/Dearborn/missgreaterkalamazoomi

Wanita bertudung pertama menang ratu cantik AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Seorang graduan universiti undang-undang di Michigan, Amerika Syarikat (AS) mencipta sejarah apabila menjadi wanita bertudung pertama dinobatkan sebagai pemenang pertandingan ratu cantik, lapor portal berita MailOnline hari ini.

Ameera Hashwi, 25, dari Dearborn Heights, bandar Detroit dinobatkan sebagai Miss Wayne County 2025 pada Ahad lalu sekali gus menjadi wanita pertama memakai hijab yang menyandang gelaran tersebut.

Dearborn Heights adalah sebuah bandar yang terkenal dengan populasi besar masyarakat Arab dan Asia Barat.

“Helo, nama saya Ameera,” katanya dalam satu hantaran di platform Instagram sambil tersenyum gembira ketika disarungkan bunga dan lencana.

Semasa persembahan bakat di pentas, Ameera berjaya memukau penonton dengan nyanyian penuh bertenaga lagu Koul Chi Aam Yekhlass yang dipopularkan oleh penyanyi Lubnan, Majida El Roumi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI