fbpx
Ahmad Shah Rizal bersama arwah isterinya.

Suami pengasas Dnars diarah deposit semula wang arwah RM1.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memerintahkan suami kepada pengasas produk kecantikan terkenal Dnars, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 48, untuk mendepositkan semula wang tunai sebanyak RM1.3 juta milik Allahyarham isterinya, Faziani Rohban Ahmad ke dalam akaun pentadbir bersama harta pusaka wanita itu.

Hakim Zaini Sulaiman mengarahkan wang tersebut dimasukkan dalam tempoh 30 hari ke akaun yang turut dipegang oleh anak sulung arwah iaitu Aqbar Hakim Jasman, 25, selepas membenarkan permohonan waris.

“Wang tunai milik Allahyarham yang diambil plaintif dari peti besi dan kini berada dalam milikan peribadi. Jadi, ia perlu dimasukkan ke akaun berkenaan sebelum mahkamah memutuskan tuntutan harta sepencarian,” katanya.

Keluarga Allahyarham diwakili peguam Shaharuddin Mohamed dan Naimah Saupi manakala Ahmad Shah Rizal diwakili peguam Mohd. Firdaus Mohd. Tamrin serta Ismail Mohd.

Menurut Shaharuddin, kegagalan mematuhi perintah itu boleh menyebabkan Ahmad Shah Rizal berdepan prosiding komital.

Difahamkanc Ahmad Shah Rizal sebelum ini memfailkan tuntutan harta sepencarian yang turut melibatkan wang tunai RM1.3 juta disimpan di dalam peti besi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI