fbpx
Gambar hiasan.

Ribut petir landa 3 negeri termasuk Labuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di utara Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan hari ini.

Amaran yang dikeluarkan itu melibatkan Perlis dan Kedah, termasuk Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan dan Pendang.

Di Sabah pula, kawasan terjejas ialah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), serta beberapa kawasan Pantai Barat seperti Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud. Kawasan Kudat melibatkan Kota Marudu.

Selain itu, seluruh Wilayah Persekutuan Labuan turut dijangka terjejas dengan cuaca buruk ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI