PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat membabitkan beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, yang dijangka berterusan sehingga jam 10 malam ini.
Amaran dikeluarkan membabitkan negeri Kelantan, Terengganu dan beberapa kawasan di Pahang seperti Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan serta Pekan.
Di Sarawak pula, kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu dan Miri (Subis dan Miri).
Turut menerima amaran sama adalah beberapa kawasan di Sabah membabitkan Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan). – KOSMO! ONLINE.