fbpx
Tangkap layar kediaman yang disimbah dengan cat mereka di Seberang Jaya.

Polis buru suspek simbah cat merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Polis giat mengesan individu yang terbabit dalam kejadian menyimbah cat merah ke atas sebuah rumah dan kereta di Seberang Jaya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, susulan kejadian itu pihaknya membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Kes masih dalam siasatan dan usaha mengesan suspek masih diteruskan,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, tular di platform X beberapa gambar menunjukkan sebuah rumah dan kereta disimbah dengan cat merah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI