fbpx
Tangkap layar video provokasi yang berlaku semasa penyerahan memorandum di Jalan Parlimen, hari ini.

Peserta perhimpunan rempuh polis, seorang pegawai cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan berhubung insiden kekecohan semasa penyerahan memorandum di Jalan Parlimen yang mengakibatkan seorang pegawai polis cedera selepas dirempuh peserta perhimpunan, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kejadian itu tular menerusi rakaman video berdurasi dua minit 31 saat yang dimuat naik di aplikasi TikTok melalui akaun MalaysiaPost Official.

Katanya, video berkenaan memaparkan peserta perhimpunan membuat provokasi dan merempuh anggota polis yang bertugas mengawal keselamatan di lokasi.

“Akibat daripada rempuhan yang berlaku, seorang pegawai polis telah mengalami kecederaan dan telah mendapatkan rawatan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 353 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Fadil, pihaknya sentiasa komited menjadi pemudah cara serta menghormati hak rakyat untuk menyuarakan pandangan dan berhimpun secara aman selaras dengan nilai-nilai demokrasi yang diamalkan di negara ini.

“(Namun), tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau kumpulan yang mencetuskan kekacauan atau provokasi melampau,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI