JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan di Indonesia bertukar huru-hara apabila pengantin lelaki mendapat tahu bahawa calon isterinya sebenarnya seorang lelaki, lapor portal berita Tribunnews.
Kejadian berlaku di Pinrang, wilayah Sulawesi Selatan semalam.
Penipuan itu terbongkar selepas penduduk setempat membuka niqab dan tudung yang dipakai oleh ‘pengantin perempuan’.
Rakaman video di platform TikTok oleh akaun @bibirkonoha menunjukkan lelaki dikenali sebagai SM, berniqab dan memakai pakaian berwarna putih.
Dia hanya mendiamkan diri ketika disoal.
Ketua Polis Lembang, Inspektor Ridwan Mustari, suspek ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada penduduk tempatan.
“Dia masih disoal siasat. Masih belum jelas motif penipuan itu,” kata Ridwan. – AGENSI