fbpx
SEORANG pemuda maut apabila motosikal ditunggangnya melanggar sebatang pokok tumbang di Jalan Kampung Teluk/Pelepat, Tanjung Sedili, Kota Tinggi awal pagi tadi

Pemuda maut langgar pokok sawit tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Hasrat seorang pemuda untuk pulang ke rumah tidak kesampaian apabila dia maut selepas motosikal ditunggang melanggar pokok tumbang di Jalan Kampung Teluk/Pelepat, Tanjung Sedili, di sini awal pagi tadi.

Ketika kejadian, mangsa, Mohamad Faizzi Yusnizan, 26, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR seorang diri dikatakan dalam perjalanan dari pekan Tanjung Sedili menuju ke rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam pada pukul 12.10 pagi.

“Mangsa dipercayai gagal mengelak pokok sawit yang tumbang menyebabkan dia terjatuh dan cedera parah di bahagian kepala.

“Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Sedili untuk rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI