fbpx
Devarshi Dalmia (kiri) melancarkan Biasiswa Bakat Dashing di Arena Sukan, Kuala Lumpur hari ini.

Peluang ‘ubi muda’ ke Tottenham Hotspur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tiga pemain bola sepak remaja bertuah bakal terpilih untuk menjalani sesi latihan di akademi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham Hotspur menerusi program Biasiswa Bakat Dashing yang diperkenalkan secara rasmi hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, satu panel jurulatih bertauliah bakal menilai semua penyertaan sebelum mengeluarkan senarai pendek 120 pemain paling berpotensi untuk sertai Kem Identifikasi Bakat Eksklusif pada Oktober depan.

Kem tersebut akan dikendalikan oleh Jurulatih Pembangunan Global Tottenham, dengan semua pemain bakal melalui siri penilaian berstruktur dan latihan intensif.

“Kami mahu menginspirasi bakat-bakat muda untuk sentiasa menggapai impian yang lebih besar, berlatih lebih keras, dan percaya bahawa mereka juga mampu berada di persada bola sepak antarabangs,” katanya.

Program ini dibuka untuk remaja lelaki berusia antara 15 hingga 18 tahun dengan tiga pemain yang menunjukkan prestasi paling cemerlang akan dipilih untuk berlatih di salah satu institusi pembangunan bola sepak paling berprestij di dunia.

Bagi menyertai program ini, para peserta perlu menghantar klip video pendek berdurasi 15 hingga 60 saat yang mempamerkan kemahiran bola sepak mereka ke akaun rasmi Instagram atau TikTok Biasiswa Bakat Dashing.

Tempoh permohonan dibuka dari 1 Ogos hingga 30 September 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI