fbpx
NSFC mencipta kejutan apabila mendahului dengan dua gol, namun gagal mempertahankan kelebihan apabila tewas kepada JDT. - Foto ihsan Facebook NSFC

NSFC tewas bermaruah – Nidzam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JURULATIH Negeri Sembilan FC (NSFC), Nidzam Jamil memuji kesungguhan dan komitmen anak buahnya yang memaksa Johor Darul Ta’zim (JDT) berhempas pulas di laman sendiri sebelum menang 5-3 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Beliau berkata, dalam aksi sulung skuad Hobin Jang Hobin itu, pemain berjaya menyaingi kekuatan JDT pada satu masa, namun gagal pertahan kelebihan itu setelah pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan usai tamat babak pertama.

Nidzam, akui sedikit terkilan apabila tewas dengan jaringan yang besar dan gagal untuk membawa pulang sebarang mata.

“Perasaan saya bercampur baur, kalau nak kata saya gembira dengan kekalahan, macam tak kena sebab saya tidak begitu, tapi saya gembira dengan komitmen yang diberikan pemain kerana bukan mudah bermain di sini.

“Kita tahu JDT cukup dominan bermain di gelanggang sendiri, kita perlu bijak untuk serap tekanan. Namun, kita mudah dibolosi dari sepakan sudut dan perangkap ofsaid juga kurang baik.

“Apa pun, keputusan ini bukanlah indikaktor sebenar kerana kita ada banyak perlawanan lagi, saya harap sikap positif malam ini bukan habis di sini tapi diteruskan pada perlawanan mendatang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI