fbpx
Mangsa ditemui dalam keadaan sedar sebelum dibawa turun menggunakan pengusung.

Lagi insiden di Air Terjun Sungai Kanching, lelaki cedera kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAWANG – Seorang lelaki warga Myanmar berusia 24 tahun cedera di kepala selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti mandi-manda di tingkat empat Air Terjun Taman Eko Rimba Sungai Kanching di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 2.03 petang dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi pada pukul 2.13 petang, anggota bomba menerima maklumat awal daripada pasukan Kementerian Kesihatan bahawa mangsa cedera ketika berada di air terjun tersebut.

“Mangsa ditemui pada pukul 2.40 petang dalam keadaan sedar sebelum dibawa turun menggunakan pengusung (stretcher),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dua lelaki cedera ketika melakukan aktiviti mandi-manda di lokasi sama pada Ahad lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI