fbpx
Zara Qairina

Kes Zara: Pengetua, PK HEM, warden ditempatkan sementara di JPN Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Kementerian Pendidikan (KPM) akan menempatkan sementara Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) dan warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sehingga siasatan polis selesai.

KPM dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu diambil susulan pengumuman Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai pengambilalihan siasatan kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir oleh pasukan petugas khas Bukit Aman.

“KPM akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dilaksana secara menyeluruh, teliti dan tuntas.

“Sebagaimana yang ditegaskan, kes tersebut merupakan keutamaan KPM pada masa ini,” katanya hari ini.

Pada masa sama, KPM turut berharap siasatan telus dan sepenuhnya dapat dilaksanakan demi keadilan buat keluarga mangsa serta semua pihak yang terlibat.

Sebelum ini Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman memaklumkan menghantar pasukan siasatan khas ke Kontinjen Sabah bagi mengambil alih siasatan kes kematian pelajar tingkatan satu tersebut.

Penghantaran pasukan khas itu merupakan sebahagian komitmen PDRM untuk memastikan siasatan kes kematian Zara Qairina dilaksanakan dengan telus, profesional dan menyeluruh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI