fbpx
Pemain Kelantan The Real Warriors FC meraikan jaringan Ifedayo pada perlawanan Liga Super Malaysia 2025/2026 menentang pasukan Imigresen FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

Kelantan TRW patut boleh menang – Elavarasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Keputusan perlawanan antara Kelantan The Real Warriors FC (Kelantan TRW) dan Imigresen FC (Imigresen) mungkin berbeza sekiranya jaringan Ifidayo Omosuyi untuk kem tuan rumah pada minit ke-36 tidak dibatalkan.

Pengendali Kelantan TRW, E. Elavarasan berkata, pasukannya bagaimanapun perlu akur dan menerima secara terbuka keputusan seri 1-1 kerana perkara lebih penting adalah jangan kalah di halaman sendiri.

“Kalau kita mendahului melalui jaringan Ifedayo itu, situasi perlawanan pasti berubah dan ia boleh dilihat sendiri apabila Imigresen memperoleh jaringan pertama mereka melalui sepakan penalti.

“Ia memberikan mereka semangat dan keselesaan untuk bertahan serta melakukan serangan balas. Berbeza dengan kita yang terpaksa keluar (dari bertahan) dan berjuang sehingga berjaya mendapat gol penyamaan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.

Beliau juga enggan menyalahkan pemain atas kegagalan memanfaatkan kelebihan apabila Imigresen terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Amirali Chegini dilayangkan kad merah untuk mencari gol kemenangan.

“Kebiasaannya apabila sesebuah pasukan terpaksa beraksi dengan 10 pemain, konsentrasi mereka akan lebih padu. Memang kita cuba tembusi kubu Imigresen dan dapat hasilkan beberapa peluang tetapi penjaga gawang mereka beraksi dengan baik untuk menafikan setiap percubaan.

“Jadi kita kena terima keputusan seri 1-1 pada malam ini (malam tadi) dan yang penting adalah jangan kalah. Walau hanya satu mata tetapi ia cukup berharga dan saya lihat banyak peningkatan untuk perlawanan-perlawanan akan datang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI