fbpx
Jack Grealish melengkapkan perpindahan secara pinjaman ke Everton, semalam. - Foto Facebook Everton

EPL: Grealish mahu ikut jejak Rooney, Gascoigne

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Jack Grealish mendedahkan dua legenda Everton, Paul Gascoigne and Wayne Rooney sebagai punca utama untuk memilih berhijrah ke kelab The Toffees secara pinjaman daripada kelab Manchester City.

Lebih menarik, Grealish membuat pilihan untuk menyarung jersi nombor 18 seperti yang dilakukan oleh Gascoigne dan Rooney ketika bergelar pemain profesional bersama Everton sebelum ini.

Menurut Grealish, No. 18 cukup istimewa kerana pernah disarung oleh dua pemain paling berpengaruh kelab iaitu Rooney dan Gascoigne yang menjadi idola ketika usia kanak-kanak sebelum ini.

“Ada sebab saya pilih No. 18 kerana ada dua pemain England kegemaran saya iaitu Rooney dan Gascoigne. 

“Apa yang dipamerkan oleh Gascoigne ketika Euro 1990 dan Rooney ketika Euro 2004 sangat memberikan kesan terhadap saya.

“Selepas melengkapkan perpindahan dan pengurusan maklumkan nombor jersi yang ada, saya maklumkan hanya mahu No. 18 dan harap dapat berikan yang terbaik nanti,” katanya.

Grealish yang pernah menjadi pemain termahal England ketika berhijrah ke City pada 2021 dijangka membuat debut pertama bersama Everton ketika bertemu Leeds United di Elland Road pada awal pagi Selasa depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI