fbpx
Syed Saddiq di Dewan Rakyat hari ini.

Dewan Rakyat: Syed Saddiq persoal kelewatan siasatan kes Zara Qairina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan kelewatan siasatan terhadap kes buli membabitkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13.

Beliau dalam sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) berkata, tindakan terhadap kes tersebut hanya dibuat selepas kejadian itu tular dan mendapat perhatian orang ramai.

“Dah viral, dah ada protes baru ada keberanian nak tukar pengetua, warden dan polis penyiasat serta buat bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, pentadbiran sekolah perlu dipertanggungjawabkan sama seperti ibu bapa apabila berlaku pengabaian yang membawa kepada kemudaratan.

“Sepatutnya ada campur tangan yang cepat, mengapa ambil masa dua minggu untuk bertindak.

“Kita perlu pastikan pihak pengurusan sekolah memikul tanggungjawab untuk melindungi anak-anak kita,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar sekolah awam diberikan sokongan menyeluruh seperti elaun warden yang mencukupi, kaunselor terlatih dan pemasangan televisyen litar tertutup bagi mencegah kegiatan membuli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI