fbpx
Shazeli

Anak Rafizi diserang di pusat beli-belah Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang budak lelaki berusia 12 tahun menjadi mangsa serangan di kawasan menurunkan dan mengambil penumpang sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, sekitar pukul 2 petang tadi.

Mangsa yang juga anak kepada bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli, dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal akibat kejadian itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti individu yang dipercayai terbabit.

“Kita sedang mendapatkan keterangan saksi serta meneliti petunjuk yang ada di kawasan kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mangsa kini mendapatkan rawatan di sebuah hospital dengan ditemani ibu bapanya.

Tambahnya, pihaknya belum dapat mendedahkan jumlah penyerang atau kaedah serangan sehingga maklumat lengkap diperoleh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI