fbpx
Gambar hiasan.

4 pelajar kes cederakan rakan dituduh di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Empat pelajar sekolah menengah akan dituduh di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan rakan sekolah mereka, bulan lalu.

Dua pelajar perempuan tingkatan satu dijangka dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 342 kanun yang sama.

Dalam kes berasingan, dua pelajar lelaki tingkatan tiga akan didakwa atas pertuduhan di bawah Seksyen 323 kanun sama.

Pada 19 Julai lalu, Kosmo! Online melaporkan seorang pelajar perempuan tingkatan satu ditemui dengan tangan dan kaki terikat menggunakan tali leher selain mulut ditutup dengan sapu tangan dalam tandas sebuah sekolah di sini.

Mangsa dikatakan dicederakan serta diperlakukan sedemikian oleh dua rakannya yang tidak berpuas hati dengan pencapaian cemerlang pelajar itu dalam akademik.

Pelajar itu dirawat di hospital kerana kecederaan pada tangan dan kaki, selain trauma disebabkan kejadian tersebut.

Bagi kes kedua, akhbar ini pada 21 Julai lalu melaporkan seorang pelajar lelaki tingkatan tiga cedera dipukul rakan sekelas dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di sini.

Kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di mata kiri, kepala selain muntah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN