fbpx
Warga emas maut digilis kenderaan berat di Jambatan Pulau Pinang arah Perai, petang tadi.

Warga emas maut digilis atas Jambatan Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangi bergesel dengan sebuah kereta sebelum digilis kenderaan berat di Kilometer 4.8Jambatan Pulau Pinang menghala Perai, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa yang berusia 65 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal dari arah pulau ke Butterworth.

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai telah bergesel dengan sebuah kenderaan lain sebelum terjatuh ke atas jalan sebelum digilis kenderaan berat,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan mencuci sisa kemalangan jalan raya pada pukul 2.28 petang tadi.

“Tindakan pasukan bomba mencuci sisa kemalangan melibatkan sebuah motosikal hingga selesai dan operasi ditamatkan pada pukul 3.51 petang tadi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI