fbpx
Delegasi BKS mengadakan perbincangan dengan JSM di Cyberjaya, hari ini.

SPRM, Jabatan Standard Malaysia kerjasama banteras berita palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) merancang membangunkan Pensijilan ISO Pengurusan Krisis Komunikasi dengan kerjasama Jabatan Standard Malaysia (JSM) sebagai langkah persediaan Pelan Strategik SPRM baharu bermula 2026.

Pengarah BKS SPRM, Hisyam Mohd. Yusoff berkata, pengurusan krisis komunikasi kini menjadi keperluan penting bagi membantu menyebar dan mengawal naratif tepat, sekali gus membentuk pemikiran masyarakat yang rasional dan logik.

“Semua pihak khususnya di sektor kerajaan perlu melihat usaha ini sebagai satu perubahan yang perlu dilaksanakan bersama dan tidak lagi bekerja secara sendiri atau ‘silo’.

“JSM dilihat sebagai agensi penting dalam membantu SPRM mencapai pelan strategik ini, sebagaimana kerjasama yang pernah diberikan sebelum ini apabila Makmal Forensik Digital SPRM menerima pengiktirafan Sijil Akreditasi ISO/IEC 17025:2017 pada tahun lalu,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Terdahulu, delegasi BKS diketuai Timbalan Pengarahnya, Jules Rahman Ong mengadakan perbincangan dengan JSM di Cyberjaya bagi membincangkan cadangan pembangunan standard dan akreditasi dalam bidang pengurusan komunikasi.

Tambah Hisyam, pensijilan ISO ini bakal menjadi standard pengurusan krisis komunikasi yang boleh diguna pakai oleh semua agensi kerajaan dan swasta, sekali gus membantu mengekang penyebaran berita tidak benar yang mempengaruhi rasionaliti, pemikiran serta persepsi masyarakat.

Sementara itu, Pengarah JSM, Wan Rukiman Wan Mamat menyambut baik cadangan tersebut dan memberi komitmen untuk bekerjasama dalam membangunkan standard berkenaan.

“Cadangan SPRM ini tepat dengan keperluan semasa yang memerlukan perancangan sebegini diwujudkan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI