PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di enam negeri sehingga pukul 8 malam ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini berkata, hujan lebat dijangka di Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai) dan Terengganu (Besut, Setiu, Dungun dan Kemaman).
“Cuaca sama turut dijangka di Pahang (Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin),” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sementara itu, MetMalaysia berkata, cuaca buruk turut dijangka di Johor melibatkan kawasan Mersing dan Kota Tinggi.
“Di Sarawak kawasan yang diramal hujan petang ini adalah Miri (Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang.
“Hujan lebat turut dijangka turun di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran),” katanya. – KOSMO! ONLINE