fbpx
MOHAMAD ZUKHAIRIE menyiramkan air mawar ke atas pusara anaknya, Mohamad Zukriezwandie (gambar kecil) selepas dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Padang Tembak, Kluang hari ini.

Remaja dijemput Ilahi ketika mahu pergi solat maghrib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Seorang remaja menemui ajal ketika dalam perjalanan menuju ke masjid untuk menunaikan solat maghrib dalam kejadian kemalangan di Jalan Cermai 17, Taman Suria, di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam itu, mangsa, Mohamad Zukriezwandie Mohammad Zukhairie, 15, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada anggota badan.

Semasa kejadian, mangsa menunggang motosikal jenis Honda ANF125MR milik ayahnya bertembung dengan sebuah van Toyota Hiace dipandu lelaki warga emas berusia 68 tahun yang percayai memasuk simpang secara tiba-tiba.

Menurut bapa mangsa, Mohammad Zukhairie Abdullah, 55, pada kebiasaannya, anak keenam tujuh beradik itu akan bersamanya ke Masjid Jamek Jalan Haji Manan terletak tidak jauh dari kediaman mereka di Taman Sri Murni di sini.

“Selalunya dia (Mohamad Zukriezwandie) akan bonceng motosikal dengan saya untuk ke masjid solat magrib dan isyak tapi maslam semalam saya bertugas sebagai pramusaji di sebuah asrama Sekolah Tinggi Kluang.

“Dia terpaksa pergi sendiri dengan menunggang motosikal selepas mendapatkan izin memandang saya tengah bekerja,”katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, remaja berkenaan maut akibat kecederaan parah di kepala dan badan selepas bertembung dengan sebuah van yang memasuki simpang secara tiba-tiba.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI