fbpx
HUGO Ekitike mula menambat hati penyokong Liverpool menerusi permainan berkualiti ketika menentang Palace pada Ahad lalu. - LIVERPOOL FC

Liverpool perlu lepaskan ‘kemarahan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Kapten Liverpool, Virgil van Dijk marah dan kecewa tewas dua kali berturut-turut di Wembley selepas final Piala FA musim lalu dengan terbaharu berputih mata menjulang Piala Perisai Komuniti apabila tewas di tangan Crystal Palace pada Ahad lalu.

Disebabkan itu, Van Dijk, 34, mencabar rakan sepasukannya untuk ‘meluahkan’ kekecewaan tersebut dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) sekali gus mempertahankan gelaran musim lalu menjelang aksi pembuka tirai menentang Bournemouth di Anfield pada Sabtu ini.

Tonggak pertahanan tengah berpengaruh itu berkata, semua pemain perlu menanamkan sifat kerjasama sebagai satu pasukan yang akan menjadi resipi terbaik Liverpool untuk mengharungi tempoh sukar dan menampilkan aksi terbaik.

“Memang benar kami masih belum dapat melupakan insiden itu (kematian Diogo Jota akibat kemalangan jalan raya) tetapi semua pemain akan bersama-sama mengharunginya. Penyokong juga akan menjadi tulang belakang untuk kami menghadapi cabaran mendatang.

“Saingan musim lalu sudah pun menjadi sejarah, jadi kami perlu bermula dari kosong dan memberikan segala-galanya. Saingan EPL bukan sesuatu yang mudah kerana sesiapa sahaja boleh menang,” katanya.

Selepas aksi menentang Palace, bintang Belanda itu mula mendapat gambaran awal mengenai cabaran yang bakal dihadapi pada saingan musim baharu nanti selain mengakui, mereka berdepan kesukaran ketika bertahan.

“Semua pemain tidak ada masalah dari segi kecergasan, cuma pertahanan masih perlu diperbaiki. Kami sentiasa melepaskan gol, jadi ia perlu diperbaiki sebaik sahaja musim baharu bermula,” ujar Van Dijk. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI