fbpx
WISSA hampir pasti akan meninggalkan Brentford dalam jendela perpindahan kali ini sejak berhijrah daripada Lorient pada 2018.

Liverpool jadikan Wissa ‘pelan B Isak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Penyerang Brentford, Yoane Wissa menjadi rebutan tiga kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) termasuk Liverpool, Newcastle United dan Tottenham Hotspur dalam jendela perpindahan ketika ini.

Pemain antarabangsa Republik Demokratik Congo berusia 28 tahun itu kembali menjalani latihan bersama skuad utama selepas menyelesaikan isu dalaman yang memaksanya meninggalkan kem pramusim Brentford di Portugal hujung bulan lalu.

Namun, Wissa kekal mahu meninggalkan pasukan dengan Brentford menetapkan harga sekitar £50 juta (RM285.21 juta) selepas dia meledak 20 gol musim lalu, sekali gus menarik minat banyak kelab besar Eropah dan Liga Pro Saudi.

Newcastle muncul sebagai pesaing utama selepas bidaan pertama mereka ditolak, tetapi rundingan masih berjalan dengan wakil pemain bagi memenuhi permintaan Eddie Howe yang mahu menambah pilihan di jentera serangan.

Tottenham turut berminat, namun bergerak perlahan kerana enggan memenuhi harga penuh diminta Brentford, manakala Liverpool memantau rapat situasi berkenaan kerana melihat Wissa sebagai alternatif sekiranya usaha mendapatkan Alexander Isak gagal.

Minat terhadap Wissa turut datang dari Liga Pro Saudi termasuk Al Nassr diketuai Cristiano Ronaldo dan Joao Felix serta kelab baharu, Neom SC yang mahu memperkuatkan serangan dengan menandatangani penyerang berpengalaman EPL.

Dengan pasaran perpindahan semakin rancak dan rundingan berjalan di pelbagai hala, masa depan Wissa dijangka diputuskan dalam tempoh terdekat sekali gus menandakan berakhirnya kariernya bersama Brentford. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI