fbpx
PEMAIN Selangor FC, Kevin Deeromram (depan) meraikan jaringannya ketika cemerlang menyumbangkan dua gol untuk bantu pasukan menang 3-0 ke atas DPMM FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi. - ISKANDAR ISHAK

Liga Super: Selangor FC tiada masalah atasi DPMM FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PETALING JAYA – Hasrat DPMM FC untuk menambah derita Selangor FC tidak kesampaian selepas mengalami kekalahan 0-3 pada aksi kedua Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Pada perlawanan ini, pemain pertahanan, Quentin Cheng menjadi antara watak utama kepada kemenangan Selangor FC manakala bintang import baharu, Kevin Deeromram turut menyerlah dengan menyumbangkan dua gol.

Terdahulu Deeromram memastikan permulaan positif buat tuan apabila membuka jaringan buat Selangor FC seawal minit ke-5 manakala percubaan Zach Clough pada minit ke-32 sekadar terkena palang.

Bagaimanapun, empat minit selepas itu Deeromram sekali lagi menyerlahkan sentuhan emas, kali ini bijak menempatkan diri di kedudukan tepat untuk menyambut umpanan daripada Cheng.

Secara keseluruhan, penjaga gol The Red Giants, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi dilihat lebih banyak berehat sepanjang babak pertama memandangkan tiada gerakan merbahaya mampu dicipta oleh DPMM FC.

Kemasukkan Faisal Halim nyata menghadirkan impak besar kepada jentera serangan tuan rumah dan gerakan yang dimulakan olehnya pada minit ke-67 membuka ruang kepada Cheng melakukan umpanan yang disudahkan oleh Chrigor Moraes.

Bagaimanapun, corak permainan DPMM FC di babak kedua seakan bertambah baik namun benteng Selangor FC nyata lebih bersedia untuk melakukan halangan.

Sebaik memasuki masa kecederaan, Faisal sepatutnya mampu meledak gol keempat namun tolakannya hanya singgah di tiang gol manakala tindakan susulan Alvin Fortes sekadar menggegar sisi jaring pintu gol DPMM FC. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI