fbpx
Seorang lelaki maut ditikam dalam kejadian bunuh di pekarangan rumah keluarganya di Taman Sri Pagi, Senawang, baru-baru ini.

Duda maut diserang, ditikam depan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Gara-gara berselisih faham dan cemburu, seorang lelaki maut ditikam di hadapan rumah keluarganya di Taman Sri Pagi, Senawang, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 6.50 petang.

Mangsa seorang duda berusia 28 tahun ditikam oleh suspek lelaki berusia 31 tahun.

“Siasatan mendapati kejadian berpunca akibat perselisihan faham antara suspek dengan mangsa. Suspek menikam dada mangsa dengan pisau sehingga menyebabkan kematian,” katanya hari ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 7.28 malam oleh pegawai perubatan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban selepas hampir satu jam bertarung nyawa.

“Susulan kejadian itu, dengan bantuan orang awam, polis menangkap suspek dan merampas sebilah pisau bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI