fbpx
Mohd. Khairi (empat dari kiri) menunjukkan sebahagian dadah jenis syabu yang dirampas dalam sidang akhbar di IPK Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

Lari ‘roadblock’, tinggal syabu RM6.36 juta tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Gelabah bertembung dengan sekatan jalan raya (SJR) polis, anggota sindiket sanggup meninggalkan dua kenderaan yang membawa 198.9 kilogram (kg) dadah dipercayai jenis syabu di Felda Belara, Kuala Nerus dekat sini baru-baru ini.

Dadah bernilai keseluruhan lebih RM6.36 juta tersebut ditemui di dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) Mercedes Benz C180 dan Perodua Myvi yang telah ditinggalkan di tepi jalan tanah rancangan tersebut pada pukul 5 petang, 28 Julai lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, dua kenderaan terbabit dikesan cuba melarikan diri daripada SJR yang dilaksanakan di Jalan Kuala Terengganu – Kota Bahru berhampiran Sungai Ikan di sini.

“Dua kenderaan mencurigakan tersebut berpatah balik ke arah Kota Bahru bagi mengelak SJR sebelum dikejar kereta peronda polis.

“Anggota polis yang mengejar menemui dua kenderaan tersebut yang sudah ditinggalkan kira-kira lima kilometer dari lokasi SJR,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.

Mohd. Khairi berkata, pemeriksaan pada kedua-dua kenderaan itu menemui 188 bungkusan mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

Beliau berkata, dadah terbabit berada di dalam bungkusan teh Cina yang diletakkan di dalam kotak-kotak polisterin.

“Bekalan dadah itu boleh memenuhi permintaan sebanyak 994,550 penagih,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI