fbpx
Aisyah Sofia yang kini sedang bertarung nyawa selepas dipercayai ditolak rakannya.

Ibu mohon doa, tempurung kepala anak retak ditolak rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang ibu memohon orang ramai menitipkan doa buat anak perempuannya yang sedang bertarung nyawa selepas dipercayai ditolak rakan.

Menerusi perkongsian Zalinda Lin di Facebook, tempurung kepala anaknya, Aisyah Sofia Rohaizan retak dan berlaku pendarahan dalam kepala.

“Dengan penuh rasa rendah hati, saya memohon semua kenalan, sahabat dan ahli keluarga agar sama-sama menitipkan doa buat anak Aisyah Sofia Rohaizan yang kini bertarung nyawa selepas ditolak jatuh.

“Saya tidak tahu dan tidak boleh nak fikir sekuat mana kawan dia tolak sehingga menyebabkan kecederaan tersebut. Sesungguhnya saya reda dan cuba berlapang dada atas apa yang terjadi,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Zalinda turut memuat naik sekeping gambar memaparkan anaknya yang memakai pakaian seragam sekolah rendah.

Zalinda turut mendoakan agar anaknya yang tidak sedarkan diri diberikan kesembuhan selain kembali ceria seperti sediakala.

“Semoga Allah mengurniakan kesembuhan yang sempurna, memudahkan segala urusan rawatan, melindunginya dari sebarang komplikasi serta mengembalikan senyuman dan keceriaannya seperti sediakala.

“Semoga ada diantara kalian yang Allah angkat doanya. Amin,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN