fbpx
PEGUAM Anna iaitu, Liyana mengemukakan bukti tidak berlaku kejadian seperti yang didakwa ibu pelakon itu.

‘Ibu Anna Jobling langsung tidak disentuh, diusir dari kereta’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seperti tiada kesudahan, pertelingkahan antara pelakon Anna Jobling dan ibu kandungnya, Ariz Arop terus berlarutan apabila peguam pelakon itu, Wan Nurliyana Abdul Rahman, tampil menafikan tuduhan kononnya wanita terbabit dihalau pihaknya keluar dari kereta.

Bukan menegakkan benang yang basah, Nurliyana berkongsi sebuah video memaparkan dirinya sedang membuka pintu kereta sebelum ibu kepada pelakon filem Lembayung itu menjerit ke arahnya.

“Saya buka pintu kereta kali kedua dan tiada sesiapa pun yang dikeluarkan.

“Dia (Ariz) langsung tidak disentuh atau diusir seperti dakwaan sebelum ini. Saya cuma mengambil kad akses milik Anna dari dalam kereta,” katanya menerusi Instagram Story.

Pun begitu, Nurliyana tidak menjelaskan mahupun memperincikan punca sebenar di sebalik pertikaian tersebut.

Menegaskan segala tuduhan tidak benar, Nurliyana juga menolak dakwaan bahawa Ariz dikunci dari dalam kenderaan tersebut.

“Kereta itu boleh dibuka dari bahagian dalam.

“Kereta itu tidak berkunci pun, cuma individu berkenaan enggan keluar,” jelasnya.

Dalam video sama, Anna juga dilihat berada di dalam kereta lain sambil memerhatikan ibunya yang masih berada di dalam kenderaan miliknya.

TANGKAP layar perkongsian video oleh Liyana yang membuktikan tiada sentuhan atau tindakan menghalau keluar dari kereta seperti yang didakwa ibu anak guamnya.

Sebelum ini, kemelut hubungan mereka menjadi perhatian ramai selepas tular video Ariz mendakwa dirinya diiperlakukan seperti anjing kurap  dan dihalau peguam anaknya.

Pada Ahad lalu, Ariz memuat naik foto di sebuah balai polis, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi. Dia juga mendakwa Anna sanggup memohon perintah injunksi terhadapnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI