fbpx
Gambar hiasan. - iStock

Denda lebih RM88,000 jika buang sampah dari tingkap kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROM – Pemandu-pemandu di Itali berdepan denda sehingga 18,000 (RM88,500) sekiranya mereka ditangkap membuang sampah dari tingkap kenderaan ke jalan raya atau kaki lima, lapor portal berita Blue News semalam. 

Larangan yang berkuat kuasa pada Sabtu itu terpakai sama ada kenderaan tersebut sedang bergerak atau berhenti. 

Pemandu juga boleh didenda sehingga 1,188 (RM5,800) sekiranya mereka membuang barangan seperti tisu, botol plastik dan puntung rokok. 

Individu yang membuang sampah di kawasan rizab alam semula jadi atau kawasan perlindungan akan kehilangan lesen memandu dan berdepan hukuman penjara. 

Dalam pindaan undang-undang itu, pesalah tidak lagi perlu ditahan dan dihentikan oleh polis seperti sebelum ini. 

Kamera pengawasan yang dipasang di seluruh Itali memudahkan pihak berkuasa untuk membuktikan kesalahan dan mengesan pelaku. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI