fbpx
Seorang askar Kemboja (kanan) dan askar Thai (kiri) duduk di kuil Khmer purba yang menjadi pertikaian di Khmer, wilayah Oddar Meanchey pada 26 Mac lalu. - AFP

Askar Thai cedera, periuk api meletup di sempadan Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Letupan periuk api di sempadan Thailand mencederakan seorang askar hari ini, kata tentera yang menuduh Kemboja meletakkan bahan letupan baharu dan melanggar gencatan senjata antara dua negara jiran itu.

Pertempuran lima hari meletus bulan lalu ketika tentera darat, artileri dan jet melancarkan pertempuran rentas sempadan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang dan menyaksikan lebih 300,000 penduduk melarikan diri.

Dua negara Asia Tenggara itu mempunyai pertikaian mengenai bahagian sempadan sejak lebih satu abad.

Namun, tetapi pertempuran Julai lalu dicetuskan oleh dakwaan Thailand bahawa Kemboja menanam periuk api yang mencederakan tenteranya.

Tentera Diraja Thai berkata, satu lagi periuk api meletup sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan), mengenai kaki seorang askar ketika mereka meronda berhampiran kuil Prasat Ta Muen Thom yang menjadi pertikaian di wilayah Surin.

“Kemboja terus menanam periuk api secara rahsia sebagai ancaman berterusan,” kata jurucakap tentera Thailand, Winthai Suvaree.

“Insiden berulang ini menunjukkan niat buruk dari pihak Kemboja yang bertentangan dengan perjanjian gencatan senjata.

“Tentera Thai mungkin perlu menggunakan hak kami untuk mempertahankan diri kami,”  tambahnya. 

Sebuah badan kerajaan, Pihak Berkuasa Tindakan Periuk Api dan Bantuan Mangsa Kemboja sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang menafikan bahawa sebarang periuk api baharu telah diletakkan.

Letupan itu berlaku selepas satu lagi letupan periuk api Sabtu lalu di wilayah jiran, Sisaket yang menurut tentera Thai, telah mencederakan tiga askarnya.

Thailand dan Kemboja bertukar-tukar tuduhan mengenai pelanggaran gencatan senjata sejak perjanjian damai berkuat kuasa pada 29 Julai lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI