fbpx
GYOKERES (atas) berjaya membuka akaun jaringan bersama Arsenal sejak berhijrah daripada Sporting Lisbon bulan lalu. - ARSENAL FC

Arsenal diramal kecewa kali keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Arsenal mampu untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) sekiranya pengurus pasukan, Mikel Arteta mampu menyelesaikan dua permasalahan utama yang mungkin bakal dihadapi kelab itu.

Selain memastikan penyerang baharu, Viktor Gyokeres menyesuaikan diri dengan tahap kompetitif pertandingan, Arteta perlu memiliki perancangan tambahan sekiranya berdepan isu kecederaan.

Bekas pertahanan England, Micah Richards tetap percaya The Gunners mampu tampil sebagai pencabar kejuaraan hanya bersandarkan dua sebab penting yang perlu dilunaskan oleh Arteta.

“Membawa masuk Gyokeres adalah sesuatu yang bagus buat Arsenal, bukan hanya kerana dia adalah pemain nama besar tetapi sebab gerakan yang ada padanya.

“Kai Havertz juga bagus untuk posisi nombor 10 di mana dia mampu mencipta peluang tetapi tidak ada naluri selaku penyerang.

“Jadi Gyokeres akan menghadirkan nilai tambah kepada pasukan, namun saya tidak tahu sama ada ia mencukupi untuk Arsenal. Jika ada satu atau dua isu kecederaan, Arsenal akan kembali seperti musim lalu.

“Apa yang saya boleh katakan, mereka mampu menghadirkan cabaran tetapi mungkin tidak bergelar juara,” katanya.

Dua legenda England, Gary Lineker dan Alan Shearer turut meramalkan bahawa Arsenal bakal mengharungi satu lagi musim mengecewakan selepas sekadar menamatkan saingan di tempat kedua dalam tiga musim berturut-turut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI