fbpx
Peguam mengesahkan terdapat kecederaan pada tubuh Allahyarham Zara Qairina hasil bedah siasat dilakukan semalam.

Zara Qairina: Ada patah, ada kecederaan – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Hasil bedah siasat yang dilakukan ke atas jenazah Zara Qairina Mahathir mendapati terdapat kecederaan pada tubuh Allahyarham.

Perkara itu disahkan oleh peguam kepada keluarga arwah, Shahlan Jufri hasil pemerhatiannya sepanjang proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE).

“Saya berada di bilik bedah siasat selama lapan jam tanpa makan dan minum untuk memerhati keseluruhan prosedur yang dijalankan oleh pasukan forensik.

“Memang ada kecederaan. Begitulah kecederaan seperti yang kamu tahu di media sosial. Selebihnya saya tidak boleh beritahu kerana masih dalam siasatan dan ia sulit. Saya tidak berapa ingat jumlah kecederaan, tetapi memang ada patah, memang ada kecederaan,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik HQE pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Shahlan juga menegaskan beliau berpuas hati dengan keseluruhan proses bedah siasat.

-Tamat-

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN