fbpx
VASSEUR

Vasseur terus dapat kepercayaan Ferrari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUDAPEST – Prinsipal Ferrari, Fred Vasseur menegaskan kejayaan memburu gelaran Formula Satu (F1) tidak akan datang dalam sekelip mata dan menaruh sepenuh kepercayaan kejayaan itu akan dicapai.

Vasseur terus diberi mandat untuk menerajui pasukan Itali itu menerusi lanjutan kontrak baharu bersama dua pemandu terbaiknya, Lewis Hamilton dan Charles Leclerc.

Pengumuman itu menamatkan spekulasi media Itali yang mendakwa kedudukan Vasseur tergugat walaupun Ferrari kini menghuni tangga kedua dalam kejuaraan pengeluar, di belakang McLaren.

“Jika anda mampu menang dalam F1, ia sudah cukup hebat, tetapi menang bersama Ferrari adalah sesuatu yang sangat luar biasa. Namun, ia memerlukan masa,” kata Vasseur yang menyertai Ferrari pada 2023.

Beliau menegaskan sejarah membuktikan pasukan hebat seperti Red Bull dan Ferrari di era Jean Todt juga memerlukan beberapa tahun sebelum meraih kemenangan pertama.

“Untuk membina pasukan kuat, anda perlukan masa untuk rekrut individu tepat dan membina keserasian. Ketika ini, situasi di Ferrari sangat baik dan sehaluan, bagi saya itu sangat penting,” katanya.

Bagi baki musim ini, Vasseur mahu memastikan Ferrari mengekalkan kedudukan kedua selain cuba meraih kemenangan sebelum saingan berakhir, sambil memberi tumpuan kepada projek 2026 apabila peraturan casis dan unit kuasa baharu diperkenalkan.

Sementara itu, Hamilton yang berpindah dari Mercedes mengakui proses menyesuaikan diri jauh lebih mencabar berbanding jangkaannya.

Leclerc pula mempamerkan konsistensi dengan lima podium setakat ini, termasuk aksi cemerlang meraih petak utama di Hungary, sekali gus membuktikan dia mampu memanfaatkan sepenuhnya jentera yang ada.

Ferrari berharap penambahbaikan seperti komponen belakang baharu mampu membantu mereka menutup musim ini dengan keputusan positif sebelum mengorak langkah memburu kejuaraan dunia pada 2026. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI